Showing posts with label Majlis Ijazah. Show all posts
Showing posts with label Majlis Ijazah. Show all posts

Monday, October 27, 2008

Recent Activity! (Yg terlepas for updates)

Salam guys...wah sori banget..lama tak update ni...hishh dah lama tak menjenguk..updates pun takde ni..k la to make it short and simple..yes we do have some activities last month tapi tak sempat lak nak update...

Puasa sudah..raya pun dh nak abih..tapi ni adalah sedikit bahan berita untuk tatapan mereka2 yang setia ngan blog nie.Tp ringkas je la...tulis banyak2 kang boring pulak kan..

  • Projek Salam Aidilfitri (September)


ini adalah muka depan kad hari raya utk YM Guru Utama--created by our friend,Yusri




ini pula kad raya utk semua ahli SCH MFI dan juga tenaga pengajar! --created by Chapiq Shahidan

  • Open House Rumah YM Tuan Guru (19hb Oktober 2008)
Bertempat di kediaman YM Tuan Guru di Taman Melawati, Kuala Lumpur.Saudari Ayuni, Saudara Shafiq Shahidan dan Saudara Faizal Masarin telah mewakili UNIKL MFI dan menghadiri Rumah Terbuka Tuan Guru kita.Kepada yang tidak dapat hadir...semoga tahun depan anda dapat join plak....best woo...korang rugi tak ikut! Dapat jumpa sahabat2 yang lain--mana la tau kot2 member2 skolah korang dulu pun ada..time ni la nak kenal2...

  • Sambutan Aidilfitri Di Rumah Persatuan Keramat,Kuala Lumpur (25hb Oktober 2008)
Berkonsepkan gerai! Waaaa bile sampai sampai je kat sana...macam suasana raya pertama pun ada...ada lemang,ada SATE (saje aku highlight!) kerang bakar....ini nnt akan diedit balik ni...nk buh gambar.Pastu nt siap la aku cerita...biar sampai meleleh air liur korang..wawawawa!

Gambar2 ada kat kamera org lain la....hehehehhe tapi yang ni nk huraikan skang ni tak sempat ni...jap lagi nak hantar Yus,Syed and DiDi g Ijazah Potong...(sempat plak tu nk menaip2)

  • Majlis Ijazah Potong(27 hb Oktober 2008)
Tahniah kepada 3 orang ahli kita yang telah lulus ujian peringkat jatuh dan telah LULUS ke peringkat potong...haaa ni jap lagi nak g hantar diorang la ni...

Tempat: Rumah Persatuan Keramat,Kuala Lumpur

Kepada:
  1. Nur Adila Mohd Din
  2. Mohd Yusri Nodin
  3. Syed Sabri Syed Azamuddin
SELAMAT MENUJU KE PERINGKAT POTONG!
USAHA TANGGA KEMAJUAN...

Ok ok....nak g siap2 ni....tata semua....lalalalalalla....ini kene follow Highway KL Putrajaya ni...jem la KL time2 nih....haih...

Monday, September 8, 2008

Selamat Kembali ke Kampus!


Salam semua...

Maaflah blog ni lama tak diupdate...para moderator yg lain pun bz jugak agaknye maka tak berkesempatan nak jenguk kat sini. Tambahan pulak, MFI pun tgh cuti midsem pd 29 Ogos-7 September...tu yang lemau je jemari ni nak menaip..(memg tak sabar nk cuti punnn)

=========================


Tidak lupe juga...Selamat Datang bulan yang penuh dgn kerahmatan dan limpahan kasih sayang Allah!-->Ramadhan telah pun tiba dan kini sudah hampir 8 hari kita semua menjalani ibadah puasa.Dengan harapan, semoga ibadah kita semua pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.Insya allah!

Dalam debaran menanti Ramadhan tiba,seramai 11 lagi pelajar MFI telah selamat di ijazahkan ke peringkat Asas pada 27 Ogos yang lalu.Kali ini yang perempuan pulak pecah rekod utk Majlis Ijazah Asas iaitu 6 org perempuan dan 5 org lelaki.Walaupun kami menempuh hujan lebat dari Bangi sehingga lah ke Datuk Keramat tetapi adik2 yang baru nak ijazah ni selamat juga tiba di Rumah Persatuan Keramat.

Ketibaan kami juga agak lewat sehingga meresahkan driver2 yang membawa para pelajar ni ke Keramat kerana hujan lebat yang tidak berhenti mencurah.Ini mungkin kerana disebabkan insiden yang pernah berlaku di Rumah Persatuan Bangi sepertimana yang diceritakan oleh rakan kita di blog beliau--
> WarisanHanafiUSJ.Perkara yang sama mungkin bermain di minda rakan2 pendukung Silat Cekak Pusaka Hanafi lain ketika menuju ke destinasi yang sama.Tetapi benarlah bahawa hujan itu satu rahmat...dalam kelewatan tersebut, Yang Mulia Tuan Guru kita yang amat dikasihi Hj Md Radzi b Hj Hanafi telah sabar menanti dan Majlis Ijazah tersebut berjalan dengan baik.Kami menarik nafas lega..walau apapun kita sememangnya tidak boleh memandang remeh amalan mematuhi ketetapan masa.Kerana ianya mencerminkan keperibadian kita.

Kepada 11 org pelajar yang telah selamat diijazahkan ke peringkat Asas,

Selamat Menyertai Keluarga SCH MFI!

=====================================


Oh ya...rasanya masih belum terlambat lagi untuk kami mengucapkan Selamat Hari Merdeka ke 51 kepada semua ahli SCH MFI!









Friday, August 22, 2008

Majlis Ijazah Terkini (Ogos)


Assalamualaikum..Sila ambil perhatian.

Insyaallah,
Majlis Ijazah akan diadakan pada

Hari: Rabu Malam Khamis

Tarikh: 27hb OGOS 2008


Tempat : Rumah Persatuan
KL,Lorong Kiri 1, Datuk Keramat, Kuala Lumpur.