Friday, August 22, 2008

Majlis Ijazah Terkini (Ogos)


Assalamualaikum..Sila ambil perhatian.

Insyaallah,
Majlis Ijazah akan diadakan pada

Hari: Rabu Malam Khamis

Tarikh: 27hb OGOS 2008


Tempat : Rumah Persatuan
KL,Lorong Kiri 1, Datuk Keramat, Kuala Lumpur.


The Scene

Thursday, August 21, 2008

Majlis Penerangan Cekak Hanafi 08

Hai..semua..inilah posting pertama kami…eceh..memulakan posting dgn semangat baru nie.Maklumlah masih baru baru lagi nak berblog ni.Semoga dgn adanya blog ni SCH MFI akan terus maju tanpa berundur walau setapak ke belakang.Memg pun kita dah ditraining pun kan..sentiasa mara ke hadapan.Tidak mengelak ke kiri dan ke kanan.

Sesi Penerangan dan Demonstrasi Ringkas ni diadakan di A207 pada hari Khamis jam 9.30 malam (kelas French aku dulu ni!) sbg pendekatan kepada ahli ahli peringkat Asas yang telah selamat diijazahkan pada 13 Ogos 2008 yang bertempat di Pusat Latihan Shah Alam oleh YM Tuan Guru En Hj Md Radzi Bin Hj Hanafi. Belum ada demo pun dah ada yang brminat…siapa kata silat melayu dah tak relevan di kalangan muda mudi?

Majlis dimulakan oleh saudara Mohd Shafiq Shahidan, sbg Presiden yang membuka majlis dengan kata kata aluan kepada pelajar yang hadir.Pada malam tersebut, penyelia kelas latihan SCH di MFI sendiri telah memberi penerangan kepada pelajar2 yg hadir.

Lihat sajalah..gaya Encik Azhan Ramiz B Zainon yang sedang memberi penerangan ni..sempat lagi tu buat lawak…”rasa mcm lecturer la pulak” sabar ajelah.

Walaupun diorang ni baru je join SCH MFI tapi diorang ni pun telah memberikan kerjasama dalam menjayakan Sesi Penerangan ni.

Thanks a lot to Shafiq Jr (nama ala ala manje ni …), Din, Zulhisyam, Syakirim dan juga Azimin yang telah membantu kami..Siap gi promot2 kat blok hostel n ajak kawan2 yang belum mengenali SCH untuk datang ke sesi tersebut..Semangat macam ni la yang patut kita contohi walaupun baru join keluarga SCH MFI …baru la “baik punyeee” ..kan?




Sesi ini juga menyaksikan..dua org jejaka yang sungguh segak( wink! wink) dalam uniform Cekak Hanafi.. siapa lagi kalau bukan Saudara Presiden dan Saudara Mohd Faizal...terima kasih banyak2 atas kesudian anda berdua menjadi model demo pada malam tersebut.

Dengan pendirian berdiri lurus jgn disangka tunggu kosong je...haaa...sekali hambikk..terserlahlah kekemasan buah2 silat cekak itu sendiri di hadapan 'jutaan' (huhuh...takpe..up sikit) penonton yang hadir..tau tau je dah kat lantai ye dik?

Sesi ini mengambil masa lebih kurang 45 minit dan sebelum sesi ini berakhir Encik Azhan telah memberi ruang kepada penonton untuk menilai sendiri kelebihan Silat Cekak Hanafi itu sendiri. Semoga usaha kita semua di MFI untuk bersama memartabatkan silat melayu asli ini diberkati selalu.

Ok..setakat ini sahaja posting kali ini…sudi sudilah memberi komen supaya kami boleh memantapkan lagi blog ni..sbg percubaan pertama ..ini sahaja yang dpt disajikan.

O ye…b4 terlupe..alumni2 SCH MFI,ahli2 baru dan lama and semua dijemput memeriahkan blog ini…heheh tak payahlah formal sgt kan…buat mcm umah sendiri..