Monday, February 23, 2009

video Demonstrasi Silat Cekak Pusaka Hanafi @ MFI

salam...

Terima kasih kepada http://warisanhanafiusj.blogspot.com/ yg sudi memaparkan video demonstrasi silat yg diadakan di kolej kami. tak teringat langsung nak amik video ketika itu.. teruja plak bila tgk pasukan demo USJ ngn PL Tun Raja Uda buat persembahan...

Mari kita nonton bersama.. :D

Sunday, February 22, 2009

Lega rasanya..


Salam...
alhamdulillah..lega rasanya selepas menjalani test Sijil Rendah Persilatan..Ahli2 dari MFI yang mengambil test tersebut adalah (dari kiri):



1) Mohd Syafiq Shahidan
2) Sharifah Nor Ayuni Syed Zulkefli
3) Nurul Heralisa bt Alibeding
4) Mohd Syafiq Mohd Shah

Dalam test tersebut, ada ahli yg buta bersama2 kami menjalani ujian tersebut. Beliau adalah pelajar dari Universiti Malaya dan seorang wanita kurang upaya juga mengambil test tersebut.secara peribadi, saya mmg teruja dan kagum melihat keberanian dan kecekalan mereka. Memetik kata2 Abg Yang sblm test bermula "sedangkan org buta ble buat buat, apatah lagi orang celik..."




Sebelum menjalani test tersebut, dalam hati ni segala perasaan ada dan pelbagai andaian yg dibuat.. persoalan demi persoalan berperang dalam diri sendiri..Bila terpandang tester, secara automatik seram sejuk membayangkan apa akan berlaku..




Ketika test, saya tiba2 berasa sesak nafas kerana perasaan gemuruh. Pejam mata seketika.. berselawat 3 kali dalam hati, minta d mudahkan urusan ketika itu..tiada yang lain saya fikir, hanya ingin selamat..




Alhamdulillah!semua berjalan dengan lancar...mmg ketika saat itu, tak terbayang, betapa leganya.....





peserta wanita kurang upaya..syg dapat tngkap gmbr belakang dia sahaja.. :(



peserta buta membuat buat buah asas kilas hadapan


barisan juri dan tester





barisan para peserta

Friday, February 20, 2009

Sijil Rendah Persilatan (UPDATE)

Salam..

Sijil Rendah Persilatan akan diadakan pada:-

TARIKH : 22 Februari 2009 (Ahad)

TEMPAT: Dewan SK MELAWATI, KL

MASA : 8.00 PAGI


Kepada para ahli yg akan mengambil test tersebut, kami ingin mengucapkan selamat maju jaya..

Monday, February 16, 2009

Sijil Rendah Persilatan

Salam

Sijil Rendah Persilatan akan diadakan pada 22 Februari 2009 (Ahad)

Tempat akan diberitahu kelak

Sekian

Majlis Pengijazahan Persatuan Silat Cekak Pusaka Hanafi

Assalamualaikum....

Pada 13 Februari 2009 bertempat di Surau Universiti Kuala Lumpur-MFI, telah berlangsungnya majlis pengijazahan Persatuan Silat Cekak Pusaka Hanafi.. 3 peringkat majlis pengijazahan telah dibuat iaitu Asas, Potong dan Tamat dan disertai oleh 7 dari pusat latihan iaitu Unikl-MFI, Pusat Latihan (PL) Usj, PL Serdang, Kolej PTPL, Intec Shah Alam, SMS Alam Shah Putrajaya, SMK Bandar Kinrara 1.

Jutaan terima kasih kepada YM En. Mohd Radzi b. Haji Hanafi kerana kesudian meluangkan masa tuk mengijazahkan para ahli. Tak lupa juga kepada penyelia, ahli2 baru mahupun yg lama kerana sanggup bersusah payah datang ke kolej kami.. :D

Suka diingatkan bahawa pada hari tersebut juga merupakan ulangtahun Penyelia kami, Abg Ann dan Yang diPertua kami di sini, Sdra Syafiq Shahidan. Pada hari tersebut Abg Ann datang lambat kerana ada latihan demo pusat manakala Sdra Syafiq tidak dapat hadir atas sebab2 yg tidak dapat dielakkan..Selamat Ulang Tahun kepada mereka. Semoga sukses slalu.. :D

Apa yg kurang dari kami, kami memohon maaf. Jika ada sebarang teguran dan cadangan dari pihak anda, bleh la di kongsi bersama...jangan segan silu bagi komen...

Sama-sama la kita memartabatkan Silat Melayu Asli kita..tnpa kita..


Majlis Penerangan dan Demonstrasi Silat

assalamualaikum....

fuh..mmg terlambat tuk post ttg Majlis Penerangan dan Demonstrasi Silat pada 5 Februari 2009. Alasan: lupa password blog.. (ble di terima ka alasan nie)..thnx to Ayuni @ Yuyun sbb simpan passwrd blog nie..mmg setiausaha berdedikasi! :D

Pada 6 Februari 2009, Majlis Penerangan dan Demonstrasi Silat Persatuan Silat Cekak Pusaka Hanafi telah diadakan di Dewan Perdana UniKL-MFI.. Setinggi penghargaan kepada pihak Kelas Latihan USJ dan PL Masjid Tun Uda S.alam kerana sudi mengunjungi dan membuat demonstrasi di kolej kami. Kami berharap kerjasama dari pihak tuan/puan tidak akan berakhir di sini.. Nnt lain kali, kalo ada event jgn lupa menjemput kami di sini dan kami tidak akan lupa menjemput pihak tuan/puan

Terima kasih juga yg tak terhingga kepada Abg Ann kerana telah memberikan penerangan yg cukup ringkas tapi padat meskipun Pegawai Penerangan dari Persatuan Silat Cekak Pusaka Hanafi tidak dapat hadir atas sebab-sebab kesihatan. (bak kata kak zima, isteri abg ann,"sungguh hensem, laki sapa tuh ?..*wink*). Tak lupa jgk kepada Abg Faizal kerana menjadi telah datang awal untuk memastikan semua berjalan dengan lancar. Eh jgn lupa "anggota baru", abang Suhardi bersama isteri kerana sudi meluangkan masa bersama kami walaupun isteri sarat mengandung

Kepada ahli2 sendiri, terima kasih atas kerjasama yang diberikan..dari segi promosi, menempah dewan, kemas2 dewan,photographer,makanan dan segala tugas-tugas yang telah diberikan dan dilaksanakan. Memang your all rock...

so, kita layan gmbr d bawah