Saturday, October 8, 2011

Karnival Kejohanan Wajadiri Nasional Peringkat IPT & Sekolah.

Assalamualaikum

    Pada 26 Mac 2011 bertempat di Dewan Besar Universiti Teknikal Melaka, Bandaraya Melaka telah dianjurkan Karnival Kejohanan Wajadiri Nasional Peringkat IPT dan Sekolah. Program ini merupakan aktiviti tahunan Persatuan Pusat Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi untuk memupuk semangat setiakawan antara ahli-ahli Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi di seluruh negara serta memantapkan kemahiran persilatan antara ahli dan juga untuk mengekalkan sei persilatan melayu yang makin pudar di mata rakyat.

    Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UNIKL MFI telah mewakili UniKL MFI untuk meyertai Karnival Wajadiri Nasional Peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Sekolah sebanyak 4 kali iaitu pada tahun 2004 di Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, pada tahun 2006 di Universiti Multimedia, Cyberjaya, pada tahun 2009 di Sarawak dan pada tahun 2010 di Kolej Universiti Insaniah di Kedah. Pada tahun ini kami berhasrat untuk menyertai pertandingan ini untuk kali kelima dengan bersemangat dan berhasrat memberi peluang kepada ahli-ahli baru menyertai aktiviti di dalam pergerakan silat ini.


    Layankan dulu beberapa keping gambar sekitar program. =)






Seronok je masing-masing. :)

     Antara peserta-peserta UniKL MFI yang terlibat dan kategorinya :

1.    Menangkis serangan pisau (2 minit)
                              i.        Mohammad Zulfaqar bin Yusoff
                             ii.        Sahrom bin Mohamad Sukor

2.    Menangkis serangan kaki (2 minit)
                              i.        Izzat Izwan bin Idrus
                             ii.        Muhammad Munzir bin Lokman

3.    Menangkis serangan tongkat
                              i.        Muhammad Hafizuddin Azri bin Ahmad Saad
                             ii.        Ihsan Fahmi bin Aminuddin

4.    5 serang 1 kreatif
                              i.        Sahrom bin Mohamad Sukor
                             ii.        Ihsan Fahmi bin Aminuddin
                            iii.        Mohammad Zulfaqar bin Yusoff
                           iv.        Muhammad Hafizuddin Azri bin Ahmad Saad
                            v.        Izzat Izwan bin Idrus
                           vi.        Muhammad Munzir bin Lokman

5.    5 serang 1 umum
                              i.        Muhammad Munzir bin Lokman 
                             ii.        Mohammad Zulfaqar bin Yusoff
                            iii.        Sahrom bin Mohamad Sukor
                           iv.        Ihsan Fahmi bin Aminuddin
                            v.        Muhammad Hafizuddin Azri bin Ahmad Saad
                           vi.        Izzat Izwan bin Idrus


      Fasilitator / Penceramah yang terlibat.

1.    YAB DATUK SERI HJ MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
DGSM, SPDK, DCSM, DMSM, DSM, PBM.
KETUA MENTERI MELAKA

2.    YM Syeikh Hj Md Radzi bin Ustaz Hj Hanafi Al-Qadhi
GURU UTAMA PERSATUAN SENI SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI
PEWARIS MUTLAK SILAT CEKAK USTAZ HANAFI


Lagi gambar :





     Walaupun tidak berjaya membawa pulang sebarang pingat,namun semangat yang ditunjukkan peserta-peserta UniKL MFI menjadi pemangkin dalam menyemarakkan lagi persatuan kami untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.Syabas kepada semua peserta.Félicitations! 

Sunday, October 2, 2011

Rumah Terbuka.

Assalamualaikum

Genap sebulan dah syawal. Maka secara tak langsung nya,tiada lagi lah kedengaran suara-suara yang mengajak aku mahupun umat Islam seanteronya ke rumah terbuka.Kalau ada pun,apehal nak pergi sedangkan yang buat tu Cik Jah jual lontong dekat seksyen 7 takpun Bedah jual baju bundle. Yeah right. It sounds like, "kau siapa nak datang open house aku". Haha.

Ok fine. Aku just nak cerita pasal rumah terbuka je. Yelah. Raya kot. Kalau takda rumah terbuka, maka pincanglah suasana raya itu. Korang harus faham situasi ni. Cmon,serious.Baru-baru ni, dekat rumah persatuan diadakan rumah terbuka bagi sesi 2011. Ok. Ada sesi? Tak. Aku tibai je. Haha. So, a week before tu kiteorang dah dimaklumkan mengenai benda ni. Dalam keadaan tenang aku terima berita yang sebegini rupa, rasa macam nak tuju lagu je. Depan orang aku sangat berlagak cool tapi hati ni Allah je tau.

Aku hanya merancang dan ketentuan semuanya aku serahkan pada Allah. Aku tak pergi. Haha. Tiada keizinan. Takpa. So,yang menjadi wakil tegar rumah terbuka kali ni adalah, MunzirShahrom, Kak Ayuni dan pasangannya Abang Faizal. Senyum senyum!



Hah ini lah buktinya mereka pergi. Bukan main lagi kan. Tu baru mukadimah. Belum masuk perut tu. Rasa macam takde hal lah tak dapat pergi sekalipun. Tup tup ada rusa panggang! Terus amik bantal tutup muka pastu nangis. Haha. Boo sama dia booo. lol

Thursday, August 25, 2011

Selamat Kembali

                           Assalamualaikum

Selamat Menjengah kembali blog rasmi Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UniKL-MFI. Kami masih lagi meneruskan legasi Silat Cekak Hanafi dan Alhamdulillah terdapat sedikit sebanyak perubahan yang berjaya dilakukan dalam memastikan persatuan ini kekal unggul seiring dengan usaha yang dilakukan oleh pihak yang menyokong kami. Juga masih tidak terlambat untuk kami mengucapkan selamat datang dan syabas kepada semua ahli baru Kelab Silat Cekak Hanafi UniKL-MFI khususnya dan ahli baru seluruh Malaysia amnya.

Sunday, February 28, 2010

Majlis Penerangan dan Demo.

Salam semua.

sori ye lmbt skit post...dh lme btul x update blog ni...mklum lah...skang ni dh bertukar org yg mengupdate blog ni...jd bru2 nk blaja...jd kalo slah tlg tnjuk kan ye. Majlis penerangan telah berlangsung pada 2 February 2010 bertempat di dewan perdana unikl mfi. kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Azhan(bekas penyelia UniKL MFI) kerana telah meluangkan masa utk memberi penerangan tntg silat cekak hanafi kepada pelajar bru UniKL MFI. Tidak dilupakan juga kepada kelas ibu pejabat kerana dtg membuat demo di universiti ini. InsyaAllah, lain kali kami akan pggil pasukan demo ini lagi utk membantu membuat demo di msa akan dtg.

Terima kasih skali lagi kepada pasukan demo ibu pejabat dan juga en. azhan kerana sudi meluangkan masa utk menjayakan majlis penerangan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada ahli2 silat cekak hanafi UniKL MFI kerana telah bersusah payah mengerah tenaga utk menjayakan majlis penerangan ini.

So kite tgk sdikit paparan utk majlis penerangan ni...

Thursday, May 14, 2009

Pertandingan Wajadiri SCH di Sarawak!



MARILAH MENYOKONG KONTINJEN UNIKL MFI
KE
PERTANDINGAN WAJADIRI SILAT CEKAK HANAFI 2009
SEMPENA

Karnival Wajadiri SCH Peringkat IPT/Sekolah 2009

Tarikh : 14 - 16 Ogos 2009
Lokasi : Kuching, Sarawak






GENG, SIAP SEDIA KE SARAWAK!

KLIK DISINI!



Wednesday, April 22, 2009

Pameran Silat Cekak Hanafi Sempena Hari Terbuka UNIKL MFI

  • Program: Pameran kelab dan persatuan sempena Hari Terbuka UNIKL MFI
  • Tarikh: 16 April 2009
  • Tempat: Dewan Perdana, UNIKL MFI
Salam semua...:)

Ini adalah sebahagian gambar-gambar yang sempat diambil pada Hari terbuka UNIKL MFI yang diadakan pada hari Khamis,16 April 2009 yang lalu.

Sempena Hari Terbuka UNIKL MFI ini, SCH MFI berkesempatan mengadakan pameran untuk mmeriahkan sambutan Hari Terbuka tersebut.Walaupun ada yang sibuk dengan kelas kerana musim final exam yang bakal menjengah tak lama lagi...tetapi kerjasama ynag diberikan oleh semua ahli memang tidal menghampakan.Bahkan bergilir-gilir pula menjadi exhibitor pada hari tersebut.Tahniah semua!

Walaupun pada minggu terakhir, kami diberitahu untuk hari tersebut 'board' pameran tidak dapat disediakan oleh penganjur, pihak Ibu Pejabat PSSCPUH dengan pantas menghulurkan bantuan untuk meminjamkan 'board' pameran dan bahan-bahan pameran sejarah pengenalan silat ini kepada kami.Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Ibu Pejabat kerana menyokong usaha kami ini!


Bahan-bahan pameran yang lain yang mengandungi gambar aktiviti sepanjang tahun persatuan SCH MFI juga turut dipamerkan seperti aktiviti Pengambilan Ahli Baru dan Hari Keluarga SCH MFI.


Walaupun terpaksa berhadapan dengan masalah teknikal di saat akhir tetapi ahli-ahli yang lain tetap bersemangat untuk meneruskan pameran.Pengunjung yang hadir juga disajikan dengan tayangan video Demonstrasi Pengambilan Ahli Baru di UNIKL MFI yang dirakamkan oleh rakan dari kelas latihan USJ sempena demo di UNIKL MFI yang lalu.



Antara pengunjung yang hadir itu adalah terdiri dari pelajar sekolah di sekitar Kajang, Bangi
dan Putrajaya








Dihujung sana juga terdapat pameran oleh CM..tetapi kami cool je kat sebelah sini... :)






The exhibitors dengan booth Silat Cekak Pusaka Hanafi UNIKL MFI!



Ada lagi ni gambar nanti kami upload yek...tungguu.....









Monday, February 23, 2009

video Demonstrasi Silat Cekak Pusaka Hanafi @ MFI

salam...

Terima kasih kepada http://warisanhanafiusj.blogspot.com/ yg sudi memaparkan video demonstrasi silat yg diadakan di kolej kami. tak teringat langsung nak amik video ketika itu.. teruja plak bila tgk pasukan demo USJ ngn PL Tun Raja Uda buat persembahan...

Mari kita nonton bersama.. :D