Saturday, October 8, 2011

Karnival Kejohanan Wajadiri Nasional Peringkat IPT & Sekolah.

Assalamualaikum

    Pada 26 Mac 2011 bertempat di Dewan Besar Universiti Teknikal Melaka, Bandaraya Melaka telah dianjurkan Karnival Kejohanan Wajadiri Nasional Peringkat IPT dan Sekolah. Program ini merupakan aktiviti tahunan Persatuan Pusat Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi untuk memupuk semangat setiakawan antara ahli-ahli Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi di seluruh negara serta memantapkan kemahiran persilatan antara ahli dan juga untuk mengekalkan sei persilatan melayu yang makin pudar di mata rakyat.

    Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UNIKL MFI telah mewakili UniKL MFI untuk meyertai Karnival Wajadiri Nasional Peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Sekolah sebanyak 4 kali iaitu pada tahun 2004 di Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, pada tahun 2006 di Universiti Multimedia, Cyberjaya, pada tahun 2009 di Sarawak dan pada tahun 2010 di Kolej Universiti Insaniah di Kedah. Pada tahun ini kami berhasrat untuk menyertai pertandingan ini untuk kali kelima dengan bersemangat dan berhasrat memberi peluang kepada ahli-ahli baru menyertai aktiviti di dalam pergerakan silat ini.


    Layankan dulu beberapa keping gambar sekitar program. =)






Seronok je masing-masing. :)

     Antara peserta-peserta UniKL MFI yang terlibat dan kategorinya :

1.    Menangkis serangan pisau (2 minit)
                              i.        Mohammad Zulfaqar bin Yusoff
                             ii.        Sahrom bin Mohamad Sukor

2.    Menangkis serangan kaki (2 minit)
                              i.        Izzat Izwan bin Idrus
                             ii.        Muhammad Munzir bin Lokman

3.    Menangkis serangan tongkat
                              i.        Muhammad Hafizuddin Azri bin Ahmad Saad
                             ii.        Ihsan Fahmi bin Aminuddin

4.    5 serang 1 kreatif
                              i.        Sahrom bin Mohamad Sukor
                             ii.        Ihsan Fahmi bin Aminuddin
                            iii.        Mohammad Zulfaqar bin Yusoff
                           iv.        Muhammad Hafizuddin Azri bin Ahmad Saad
                            v.        Izzat Izwan bin Idrus
                           vi.        Muhammad Munzir bin Lokman

5.    5 serang 1 umum
                              i.        Muhammad Munzir bin Lokman 
                             ii.        Mohammad Zulfaqar bin Yusoff
                            iii.        Sahrom bin Mohamad Sukor
                           iv.        Ihsan Fahmi bin Aminuddin
                            v.        Muhammad Hafizuddin Azri bin Ahmad Saad
                           vi.        Izzat Izwan bin Idrus


      Fasilitator / Penceramah yang terlibat.

1.    YAB DATUK SERI HJ MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
DGSM, SPDK, DCSM, DMSM, DSM, PBM.
KETUA MENTERI MELAKA

2.    YM Syeikh Hj Md Radzi bin Ustaz Hj Hanafi Al-Qadhi
GURU UTAMA PERSATUAN SENI SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI
PEWARIS MUTLAK SILAT CEKAK USTAZ HANAFI


Lagi gambar :





     Walaupun tidak berjaya membawa pulang sebarang pingat,namun semangat yang ditunjukkan peserta-peserta UniKL MFI menjadi pemangkin dalam menyemarakkan lagi persatuan kami untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.Syabas kepada semua peserta.Félicitations! 

Sunday, October 2, 2011

Rumah Terbuka.

Assalamualaikum

Genap sebulan dah syawal. Maka secara tak langsung nya,tiada lagi lah kedengaran suara-suara yang mengajak aku mahupun umat Islam seanteronya ke rumah terbuka.Kalau ada pun,apehal nak pergi sedangkan yang buat tu Cik Jah jual lontong dekat seksyen 7 takpun Bedah jual baju bundle. Yeah right. It sounds like, "kau siapa nak datang open house aku". Haha.

Ok fine. Aku just nak cerita pasal rumah terbuka je. Yelah. Raya kot. Kalau takda rumah terbuka, maka pincanglah suasana raya itu. Korang harus faham situasi ni. Cmon,serious.Baru-baru ni, dekat rumah persatuan diadakan rumah terbuka bagi sesi 2011. Ok. Ada sesi? Tak. Aku tibai je. Haha. So, a week before tu kiteorang dah dimaklumkan mengenai benda ni. Dalam keadaan tenang aku terima berita yang sebegini rupa, rasa macam nak tuju lagu je. Depan orang aku sangat berlagak cool tapi hati ni Allah je tau.

Aku hanya merancang dan ketentuan semuanya aku serahkan pada Allah. Aku tak pergi. Haha. Tiada keizinan. Takpa. So,yang menjadi wakil tegar rumah terbuka kali ni adalah, MunzirShahrom, Kak Ayuni dan pasangannya Abang Faizal. Senyum senyum!



Hah ini lah buktinya mereka pergi. Bukan main lagi kan. Tu baru mukadimah. Belum masuk perut tu. Rasa macam takde hal lah tak dapat pergi sekalipun. Tup tup ada rusa panggang! Terus amik bantal tutup muka pastu nangis. Haha. Boo sama dia booo. lol

Thursday, August 25, 2011

Selamat Kembali

                           Assalamualaikum

Selamat Menjengah kembali blog rasmi Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UniKL-MFI. Kami masih lagi meneruskan legasi Silat Cekak Hanafi dan Alhamdulillah terdapat sedikit sebanyak perubahan yang berjaya dilakukan dalam memastikan persatuan ini kekal unggul seiring dengan usaha yang dilakukan oleh pihak yang menyokong kami. Juga masih tidak terlambat untuk kami mengucapkan selamat datang dan syabas kepada semua ahli baru Kelab Silat Cekak Hanafi UniKL-MFI khususnya dan ahli baru seluruh Malaysia amnya.