Thursday, May 14, 2009

Pertandingan Wajadiri SCH di Sarawak!



MARILAH MENYOKONG KONTINJEN UNIKL MFI
KE
PERTANDINGAN WAJADIRI SILAT CEKAK HANAFI 2009
SEMPENA

Karnival Wajadiri SCH Peringkat IPT/Sekolah 2009

Tarikh : 14 - 16 Ogos 2009
Lokasi : Kuching, Sarawak






GENG, SIAP SEDIA KE SARAWAK!

KLIK DISINI!



Wednesday, April 22, 2009

Pameran Silat Cekak Hanafi Sempena Hari Terbuka UNIKL MFI

  • Program: Pameran kelab dan persatuan sempena Hari Terbuka UNIKL MFI
  • Tarikh: 16 April 2009
  • Tempat: Dewan Perdana, UNIKL MFI
Salam semua...:)

Ini adalah sebahagian gambar-gambar yang sempat diambil pada Hari terbuka UNIKL MFI yang diadakan pada hari Khamis,16 April 2009 yang lalu.

Sempena Hari Terbuka UNIKL MFI ini, SCH MFI berkesempatan mengadakan pameran untuk mmeriahkan sambutan Hari Terbuka tersebut.Walaupun ada yang sibuk dengan kelas kerana musim final exam yang bakal menjengah tak lama lagi...tetapi kerjasama ynag diberikan oleh semua ahli memang tidal menghampakan.Bahkan bergilir-gilir pula menjadi exhibitor pada hari tersebut.Tahniah semua!

Walaupun pada minggu terakhir, kami diberitahu untuk hari tersebut 'board' pameran tidak dapat disediakan oleh penganjur, pihak Ibu Pejabat PSSCPUH dengan pantas menghulurkan bantuan untuk meminjamkan 'board' pameran dan bahan-bahan pameran sejarah pengenalan silat ini kepada kami.Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Ibu Pejabat kerana menyokong usaha kami ini!


Bahan-bahan pameran yang lain yang mengandungi gambar aktiviti sepanjang tahun persatuan SCH MFI juga turut dipamerkan seperti aktiviti Pengambilan Ahli Baru dan Hari Keluarga SCH MFI.


Walaupun terpaksa berhadapan dengan masalah teknikal di saat akhir tetapi ahli-ahli yang lain tetap bersemangat untuk meneruskan pameran.Pengunjung yang hadir juga disajikan dengan tayangan video Demonstrasi Pengambilan Ahli Baru di UNIKL MFI yang dirakamkan oleh rakan dari kelas latihan USJ sempena demo di UNIKL MFI yang lalu.



Antara pengunjung yang hadir itu adalah terdiri dari pelajar sekolah di sekitar Kajang, Bangi
dan Putrajaya








Dihujung sana juga terdapat pameran oleh CM..tetapi kami cool je kat sebelah sini... :)






The exhibitors dengan booth Silat Cekak Pusaka Hanafi UNIKL MFI!



Ada lagi ni gambar nanti kami upload yek...tungguu.....









Monday, February 23, 2009

video Demonstrasi Silat Cekak Pusaka Hanafi @ MFI

salam...

Terima kasih kepada http://warisanhanafiusj.blogspot.com/ yg sudi memaparkan video demonstrasi silat yg diadakan di kolej kami. tak teringat langsung nak amik video ketika itu.. teruja plak bila tgk pasukan demo USJ ngn PL Tun Raja Uda buat persembahan...

Mari kita nonton bersama.. :D

Sunday, February 22, 2009

Lega rasanya..


Salam...
alhamdulillah..lega rasanya selepas menjalani test Sijil Rendah Persilatan..Ahli2 dari MFI yang mengambil test tersebut adalah (dari kiri):



1) Mohd Syafiq Shahidan
2) Sharifah Nor Ayuni Syed Zulkefli
3) Nurul Heralisa bt Alibeding
4) Mohd Syafiq Mohd Shah

Dalam test tersebut, ada ahli yg buta bersama2 kami menjalani ujian tersebut. Beliau adalah pelajar dari Universiti Malaya dan seorang wanita kurang upaya juga mengambil test tersebut.secara peribadi, saya mmg teruja dan kagum melihat keberanian dan kecekalan mereka. Memetik kata2 Abg Yang sblm test bermula "sedangkan org buta ble buat buat, apatah lagi orang celik..."




Sebelum menjalani test tersebut, dalam hati ni segala perasaan ada dan pelbagai andaian yg dibuat.. persoalan demi persoalan berperang dalam diri sendiri..Bila terpandang tester, secara automatik seram sejuk membayangkan apa akan berlaku..




Ketika test, saya tiba2 berasa sesak nafas kerana perasaan gemuruh. Pejam mata seketika.. berselawat 3 kali dalam hati, minta d mudahkan urusan ketika itu..tiada yang lain saya fikir, hanya ingin selamat..




Alhamdulillah!semua berjalan dengan lancar...mmg ketika saat itu, tak terbayang, betapa leganya.....





peserta wanita kurang upaya..syg dapat tngkap gmbr belakang dia sahaja.. :(



peserta buta membuat buat buah asas kilas hadapan


barisan juri dan tester





barisan para peserta

Friday, February 20, 2009

Sijil Rendah Persilatan (UPDATE)

Salam..

Sijil Rendah Persilatan akan diadakan pada:-

TARIKH : 22 Februari 2009 (Ahad)

TEMPAT: Dewan SK MELAWATI, KL

MASA : 8.00 PAGI


Kepada para ahli yg akan mengambil test tersebut, kami ingin mengucapkan selamat maju jaya..

Monday, February 16, 2009

Sijil Rendah Persilatan

Salam

Sijil Rendah Persilatan akan diadakan pada 22 Februari 2009 (Ahad)

Tempat akan diberitahu kelak

Sekian

Majlis Pengijazahan Persatuan Silat Cekak Pusaka Hanafi

Assalamualaikum....

Pada 13 Februari 2009 bertempat di Surau Universiti Kuala Lumpur-MFI, telah berlangsungnya majlis pengijazahan Persatuan Silat Cekak Pusaka Hanafi.. 3 peringkat majlis pengijazahan telah dibuat iaitu Asas, Potong dan Tamat dan disertai oleh 7 dari pusat latihan iaitu Unikl-MFI, Pusat Latihan (PL) Usj, PL Serdang, Kolej PTPL, Intec Shah Alam, SMS Alam Shah Putrajaya, SMK Bandar Kinrara 1.

Jutaan terima kasih kepada YM En. Mohd Radzi b. Haji Hanafi kerana kesudian meluangkan masa tuk mengijazahkan para ahli. Tak lupa juga kepada penyelia, ahli2 baru mahupun yg lama kerana sanggup bersusah payah datang ke kolej kami.. :D

Suka diingatkan bahawa pada hari tersebut juga merupakan ulangtahun Penyelia kami, Abg Ann dan Yang diPertua kami di sini, Sdra Syafiq Shahidan. Pada hari tersebut Abg Ann datang lambat kerana ada latihan demo pusat manakala Sdra Syafiq tidak dapat hadir atas sebab2 yg tidak dapat dielakkan..Selamat Ulang Tahun kepada mereka. Semoga sukses slalu.. :D

Apa yg kurang dari kami, kami memohon maaf. Jika ada sebarang teguran dan cadangan dari pihak anda, bleh la di kongsi bersama...jangan segan silu bagi komen...

Sama-sama la kita memartabatkan Silat Melayu Asli kita..tnpa kita..


Majlis Penerangan dan Demonstrasi Silat

assalamualaikum....

fuh..mmg terlambat tuk post ttg Majlis Penerangan dan Demonstrasi Silat pada 5 Februari 2009. Alasan: lupa password blog.. (ble di terima ka alasan nie)..thnx to Ayuni @ Yuyun sbb simpan passwrd blog nie..mmg setiausaha berdedikasi! :D

Pada 6 Februari 2009, Majlis Penerangan dan Demonstrasi Silat Persatuan Silat Cekak Pusaka Hanafi telah diadakan di Dewan Perdana UniKL-MFI.. Setinggi penghargaan kepada pihak Kelas Latihan USJ dan PL Masjid Tun Uda S.alam kerana sudi mengunjungi dan membuat demonstrasi di kolej kami. Kami berharap kerjasama dari pihak tuan/puan tidak akan berakhir di sini.. Nnt lain kali, kalo ada event jgn lupa menjemput kami di sini dan kami tidak akan lupa menjemput pihak tuan/puan

Terima kasih juga yg tak terhingga kepada Abg Ann kerana telah memberikan penerangan yg cukup ringkas tapi padat meskipun Pegawai Penerangan dari Persatuan Silat Cekak Pusaka Hanafi tidak dapat hadir atas sebab-sebab kesihatan. (bak kata kak zima, isteri abg ann,"sungguh hensem, laki sapa tuh ?..*wink*). Tak lupa jgk kepada Abg Faizal kerana menjadi telah datang awal untuk memastikan semua berjalan dengan lancar. Eh jgn lupa "anggota baru", abang Suhardi bersama isteri kerana sudi meluangkan masa bersama kami walaupun isteri sarat mengandung

Kepada ahli2 sendiri, terima kasih atas kerjasama yang diberikan..dari segi promosi, menempah dewan, kemas2 dewan,photographer,makanan dan segala tugas-tugas yang telah diberikan dan dilaksanakan. Memang your all rock...

so, kita layan gmbr d bawah

Monday, January 19, 2009

19/01/2009

salam...

arini minggu kedua kelas persilatan semester ini...6 org telah menjalani ujian buah asas..tujuannya adalah supaya para ahli dapat memantapkan buah2 asas sebelum memasuki peringkat jatuh dan melihat tahap kecekapan mereka secara praktikal.

Selamat datang kepada saudara Suhaimi@Sudin yang baru memulakan pengajian di UNIKL MFI dan masih lagi ingin menyumbang kepada persatuan sebagai barisan tenaga pengajar di sini.
Juga tidak lupa lepada Saudara Suhaidi b Azman dari Cawangan Pahang yang baru berpindah ke Bangi..boleh la juga bersama2 dengan kami di UNIKL MFI .mo tulis pasal biodata dorg ni tp nnt saya akan sediakan satu ruang tuk sesi biodata para tenaga pengajar di MFI ni...fair la sbb biodata abg ann, abg faizal ngn kak zima ni pon blm saya kumpulkan..:P

Ari ni jgk sesi penerangan kepada semua ahli tentang persediaan tuk majlis penerangan, demostrasi dan pengambilan ahli baru..terasa plak kan mo persediaan kempen pilihanraya :p. mcm2 perkara telah disampaikan oleh abg ann termasuk adab2 dalam berkempen dan soklan2 lazim yg akan ditanyakan oleh para pendengar....besar harapan dari kami ingin menambahkan ahli2 di MFI ni.. byk ahli, baru best main bowling kan?ble bentuk team dan buat tournement..




ni adalah panorama pada mlm nie

Sunday, January 11, 2009

Sepetang bersama Penyelia

salam....



9/01/2009, Cik setiausaha...(nurul..ku edit ba!) telah memanggil semua para ahli silat tuk sama2 membincangkan ttg hal persatuan..kira menyuarat tak rasmi tuk membincangkan pembahagian tugas untuk Majlis Penerangan dan Demonstrasi yg akan diadakan pada bulan Januari ini... butir2 pembayaran ijazah juga diterangkan dgn lebih sistematik dan silabus buah2 silat yang telah diambil oleh ahli2 asas yang baru juga dikemaskini bersama.



11/01/2009



Perjumpaan bersifat santai....pada hari tersebut, kami telah meluangkan masa bersama penyelia kami, Abg Ann di hadapan restoran kegemaran kami iaitu d'Bravia..kira perjumpaan tak rasmi kami yg pertama tuk semester ini.. Cik setiausaha telah melaporkan berkaitan perjumpaan pada 9hb yg lepas. Dan perancangan aktiviti seterusnya juga ada dibincangkan bersama.



bersama cik setiausaha....

syafiq (YDP) dan yusri....

Penyelia Kelas Latihan kami.. Abg An

=salam=

Pertama























salam....


Agak terlambat tuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca... sedar x sedar dah masuk tahun 2009.. umur pon dah bertambah setahun..dan semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya dan azam2 yang kita yg telah rencanakan awal tahun dapat dilaksanakan..dan kepada sesiapa yg blm dapat merealisasikan azam tahun2 yg sudah, harap2 tahun ni dapat dilaksanakan..insya Allah

Untuk pengetahuan semua, aktiviti tak rasmi yg telah dilaksanakan oleh kami di sini..walaupun tidak melibatkan semua ahli tetapi saya ingin berkongsi sedikit kenangan kami. Mana tau ada di kalangan ahli di luar sana nak join the club..di alu-alukan...


1/1/2009, ayuni, abg faizal, syafiq, kak zul ngn saya ke Mines.. Mastermind adalah syafiq sendiri sbb dia ni nak g prktikal..bersukan sambil bersuka..Aktiviti yg pertama adalah karaoke..thnx abg faizal sbb blnja kitaorg karaoke...semua kena nyanyi..xda berkecuali..mmg paksaan ini di tujukan kepada kak zul sbb dia ni kalo bab2 nyanyi agak malu sket..ermm..kalo saya, jgn di offer!mmg kalo 10 lagu depan mata pon saya bantai biarpon suara x sedap.. :P masing2 menyanyi 2 lagu..fair n square..then..masing2 lapar..restoran 3 hurup jadik mangsa (KFC)..sbb cepat...time makan, masing2 xda bunyi sbb bz layan perut sendiri..hehehe...ingat mo tgk wayang pas tu tp masa x mengizinkan..so, dapat main bowling je..tupon kena Q panjang..ye la...time tuh ari cuti umum..



Dah nama main bowling, mmg abg faizal ngn syafiq la conquer!!time tu jgk ngn bangga nya saya telah memecahkan rekod pribadi saya sendiri..ehemm..tak la tinggi mana dulu paling tinggi pon 70..ari tuh nasib saya sbb dapat 106..hahaha..dengan bangganya lagi tuh ohh!!!!then kami berpisah setelah masing2 penat.lagipon kak zul kena balek awal b4 maghrib..anyway ari tuh ari yg best wpun hanya kami berlima saja...bukan xnak ajak ahli lain tapi ketika itu, ahli2 lain masih bercuti semester di kg masing2 ba...nanti kita pegi lagik yahh???

=salam=