Monday, February 16, 2009

Majlis Pengijazahan Persatuan Silat Cekak Pusaka Hanafi

Assalamualaikum....

Pada 13 Februari 2009 bertempat di Surau Universiti Kuala Lumpur-MFI, telah berlangsungnya majlis pengijazahan Persatuan Silat Cekak Pusaka Hanafi.. 3 peringkat majlis pengijazahan telah dibuat iaitu Asas, Potong dan Tamat dan disertai oleh 7 dari pusat latihan iaitu Unikl-MFI, Pusat Latihan (PL) Usj, PL Serdang, Kolej PTPL, Intec Shah Alam, SMS Alam Shah Putrajaya, SMK Bandar Kinrara 1.

Jutaan terima kasih kepada YM En. Mohd Radzi b. Haji Hanafi kerana kesudian meluangkan masa tuk mengijazahkan para ahli. Tak lupa juga kepada penyelia, ahli2 baru mahupun yg lama kerana sanggup bersusah payah datang ke kolej kami.. :D

Suka diingatkan bahawa pada hari tersebut juga merupakan ulangtahun Penyelia kami, Abg Ann dan Yang diPertua kami di sini, Sdra Syafiq Shahidan. Pada hari tersebut Abg Ann datang lambat kerana ada latihan demo pusat manakala Sdra Syafiq tidak dapat hadir atas sebab2 yg tidak dapat dielakkan..Selamat Ulang Tahun kepada mereka. Semoga sukses slalu.. :D

Apa yg kurang dari kami, kami memohon maaf. Jika ada sebarang teguran dan cadangan dari pihak anda, bleh la di kongsi bersama...jangan segan silu bagi komen...

Sama-sama la kita memartabatkan Silat Melayu Asli kita..tnpa kita..


No comments: