Wednesday, April 22, 2009

Pameran Silat Cekak Hanafi Sempena Hari Terbuka UNIKL MFI

  • Program: Pameran kelab dan persatuan sempena Hari Terbuka UNIKL MFI
  • Tarikh: 16 April 2009
  • Tempat: Dewan Perdana, UNIKL MFI
Salam semua...:)

Ini adalah sebahagian gambar-gambar yang sempat diambil pada Hari terbuka UNIKL MFI yang diadakan pada hari Khamis,16 April 2009 yang lalu.

Sempena Hari Terbuka UNIKL MFI ini, SCH MFI berkesempatan mengadakan pameran untuk mmeriahkan sambutan Hari Terbuka tersebut.Walaupun ada yang sibuk dengan kelas kerana musim final exam yang bakal menjengah tak lama lagi...tetapi kerjasama ynag diberikan oleh semua ahli memang tidal menghampakan.Bahkan bergilir-gilir pula menjadi exhibitor pada hari tersebut.Tahniah semua!

Walaupun pada minggu terakhir, kami diberitahu untuk hari tersebut 'board' pameran tidak dapat disediakan oleh penganjur, pihak Ibu Pejabat PSSCPUH dengan pantas menghulurkan bantuan untuk meminjamkan 'board' pameran dan bahan-bahan pameran sejarah pengenalan silat ini kepada kami.Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Ibu Pejabat kerana menyokong usaha kami ini!


Bahan-bahan pameran yang lain yang mengandungi gambar aktiviti sepanjang tahun persatuan SCH MFI juga turut dipamerkan seperti aktiviti Pengambilan Ahli Baru dan Hari Keluarga SCH MFI.


Walaupun terpaksa berhadapan dengan masalah teknikal di saat akhir tetapi ahli-ahli yang lain tetap bersemangat untuk meneruskan pameran.Pengunjung yang hadir juga disajikan dengan tayangan video Demonstrasi Pengambilan Ahli Baru di UNIKL MFI yang dirakamkan oleh rakan dari kelas latihan USJ sempena demo di UNIKL MFI yang lalu.



Antara pengunjung yang hadir itu adalah terdiri dari pelajar sekolah di sekitar Kajang, Bangi
dan Putrajaya








Dihujung sana juga terdapat pameran oleh CM..tetapi kami cool je kat sebelah sini... :)






The exhibitors dengan booth Silat Cekak Pusaka Hanafi UNIKL MFI!



Ada lagi ni gambar nanti kami upload yek...tungguu.....