Monday, September 8, 2008

Selamat Kembali ke Kampus!


Salam semua...

Maaflah blog ni lama tak diupdate...para moderator yg lain pun bz jugak agaknye maka tak berkesempatan nak jenguk kat sini. Tambahan pulak, MFI pun tgh cuti midsem pd 29 Ogos-7 September...tu yang lemau je jemari ni nak menaip..(memg tak sabar nk cuti punnn)

=========================


Tidak lupe juga...Selamat Datang bulan yang penuh dgn kerahmatan dan limpahan kasih sayang Allah!-->Ramadhan telah pun tiba dan kini sudah hampir 8 hari kita semua menjalani ibadah puasa.Dengan harapan, semoga ibadah kita semua pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.Insya allah!

Dalam debaran menanti Ramadhan tiba,seramai 11 lagi pelajar MFI telah selamat di ijazahkan ke peringkat Asas pada 27 Ogos yang lalu.Kali ini yang perempuan pulak pecah rekod utk Majlis Ijazah Asas iaitu 6 org perempuan dan 5 org lelaki.Walaupun kami menempuh hujan lebat dari Bangi sehingga lah ke Datuk Keramat tetapi adik2 yang baru nak ijazah ni selamat juga tiba di Rumah Persatuan Keramat.

Ketibaan kami juga agak lewat sehingga meresahkan driver2 yang membawa para pelajar ni ke Keramat kerana hujan lebat yang tidak berhenti mencurah.Ini mungkin kerana disebabkan insiden yang pernah berlaku di Rumah Persatuan Bangi sepertimana yang diceritakan oleh rakan kita di blog beliau--
> WarisanHanafiUSJ.Perkara yang sama mungkin bermain di minda rakan2 pendukung Silat Cekak Pusaka Hanafi lain ketika menuju ke destinasi yang sama.Tetapi benarlah bahawa hujan itu satu rahmat...dalam kelewatan tersebut, Yang Mulia Tuan Guru kita yang amat dikasihi Hj Md Radzi b Hj Hanafi telah sabar menanti dan Majlis Ijazah tersebut berjalan dengan baik.Kami menarik nafas lega..walau apapun kita sememangnya tidak boleh memandang remeh amalan mematuhi ketetapan masa.Kerana ianya mencerminkan keperibadian kita.

Kepada 11 org pelajar yang telah selamat diijazahkan ke peringkat Asas,

Selamat Menyertai Keluarga SCH MFI!

=====================================


Oh ya...rasanya masih belum terlambat lagi untuk kami mengucapkan Selamat Hari Merdeka ke 51 kepada semua ahli SCH MFI!









No comments: